Tuesday, December 30, 2014

SQUAD PONDOK BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN MISI BANTUAN BANJIR DI KUALA KANGSAR

Squad pondok yang terdiri daripada 3 orang ustaz dan 14 orang pelajar telah bersama-sama menyertai pasukan bantuan banjir di Kuala Kangsar, Perak pada 28 Disember 2014(Ahad). Gotong royong pembersihan yang telah dilaksanakan sebanyak lebih kurang 15 buah rumah mangsa banjir di sana....Tahniah kepada squad pondok di atas kesungguhan dan keprihatinan anda...

DOA KETIKA MENGHADAPI BENCANA BANJIR
Surah Hud, Verse 44:
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".









No comments:

Post a Comment