Sesungguhnya anak-anak merupakan
anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup
berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk
dijaga dan dipelihara dengan sempurna
dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh
Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya
ataupun kita mengkhianatinya. Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik
memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga
bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang
bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik
dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan
sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita
sampai ke alam akhirat.
Sabda
Rasulullah s.a.w :
" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ
اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ
يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya
: “
Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga
perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang
mendoakan kepadanya”.
Oleh
itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang
terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Justeru itu, proses mendidik anak agar
benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab
yang besar serta mencabar kepada setiap
ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit
sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan
kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan
terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Kredit : www.islam.gov.my
No comments:
Post a Comment