1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang
5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak2 di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.
24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.
37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dlm berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
No comments:
Post a Comment