Tuesday, January 6, 2015

MISI BANTUAN BANJIR PONDOK KE KELANTAN

Ahad 4 Jan2015....Alhamdulillah, squad bantuan banjir pondok Nur-Assalam yang terdiri daripada 23 orang dan diketuai oleh pengerusi madrasah Ust Mahizam telah berjaya melaksanakan misi di kampung Kuala Nal, Kuala Kerai, Kelantan(Kg mertua Timbalan Pengerusi Madrasah, Ust Ramli).

Perjalanan bermula pukul 6.50 pg Ahad dengan mengikut perancangan awal melalui jalan Gerik - Jeli tetapi menghadapi masalah kerana jalan tersebut telah ditutup di kawasan Benariang, Gerik kerana kerja-kerja baik pulih oleh pihak JKR sedang dijalankan. Kami terpaksa berpatah balik dan mengambil laluan jauh iaitu jalan Cameron Highland-Sg Koyan-Gua Musang.

Jalan telah ditutup...perbincangan dibuat dan misi diteruskan dengan melalui laluan Cameron Highland

Rombongan kami akhirnya sampai ke Kg Kuala Nal, Kuala Krai pada pukul 10.30 malam dan bermalam di masjid kg tersebut.
Kesan banjir melepasi paras siling di Masjid Kg Kuala Nal

Masjid ini juga dijadikan pusat pengumpulan bantuan banjir untu penduduk kampung tetsebut

Semasa berbual dengan imam beliau sempat menceritakan bagaimana pertolongan Allah di saat bekalan hampir putus ada seekor lembu yang masih hidup tersangkut di bumbung rumah imam. Penduduk di sini sempat menyembelihnya dan diagihkan kepada penduduk di pusat penempatan banjir.
Taklimat diberikan oleh Ust Mahizam dan Ust Ramli untuk tugas yang akan dilaksanakan esok pagi
Isnin 5 Jan 2015- pada pagi ini kami dapat lihat dengan jelas kesan banjir yang air naik sehingga 18 kaki dari paras tanah. Sedih sungguh melihat banyak rumah rosak, dihanyutkan dan pokok-pokok getah tumbang kesan dari arus deras semasa banjir.

Rumah yang di bawa arus dan diletakkan di tengah jalan
Rumah penduduk kampung roboh kesan daripada banjir

Squad kami ditugaskan merobohkan rumah papan yang telah dihanyutkan terutama sekali rumah berada di tengah jalan kerana telah menghalang laluan. Kayu, papan dan bumbung zink diasingkan dan disusun pada satu tempat dalam operasi gotong royong ini. Alhamdulillah squad yang datang sangat membantu dengan kemahiran dan komitmen yang tinggi telah berjaya merobohkan 3 buah rumah dalam operasi ini. Operasi ini diketuai oleh Ust Bakhtiar.
Gotong royong merobohkan rumah yang berada ditengah jalan

Laluan jalan boleh digunakan setelah dibersihkan

Sumbangan disampaikan oleh Ust Mahizam kepada mangsa banjir

Operasi gotong royong tamat pada pukul 2 petang. Selepas mandi, makan dan solat kami bergerak ke pondok sg durian yang terletak di pekan Kuala Krai .

Pondok Sg Durian yang terjejas akibat banjir

Seterusnya kami bergerak ke pusat pengumpulan bantuan banjir yang dikendalikan oleh Pas di Kuala Krai untuk menyerahkan sumbangan bantuan.



Selepas selesai menyerahkan bantuan di sini kami bergerak ke Tanah Merah dalam misi menyerahkan baki barang sumbangan yang ada.




Misi ini tamat selepas penyerahan sumbangan di Tanah Merah pada pukul 7 malam dan seterusnya kami bertolak balik ke Perak. Alhamdulillah, setelah menghubungi JKR Perak kami mendapat maklumat bahawa jalan Jeli ke Gerik telah dibuka dan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Kami semua selamat sampai ke pondok pada pukul 3 pagi Selasa. Semoga Allah meneguhkan iman dan diberikan kekuatan serta sabar kepada mereka yang menerima ujian musibah banjir ini.

RENUNGAN BERSAMA
3 analogi menarik drpd intipati khutbah Jumaat Masjid Bt.Jong kelantan:

1.Banjir kerap berlaku di Kelantan, sesiapa yang membuat persediaan dengan meninggikan rumah, menyediakan sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakan bekalan makanan mencukupi dll, maka dia akan selamat daripada keperitan bencana banjir..demikianlah kematian dan hari pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yg bersiap sedia utknya, maka dia akan selamat drpd diazab.

2.Bila banjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukan..demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yang diharapkan.

3.Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yang bertaraf VIP Dunia mendapat bantuan kenderaan iringan bersiren untuk melepasi kesesakan..demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yg bertaraf VIP Akhirat dpt memecut sepantas kilat.

No comments:

Post a Comment