Latar Belakang


Madrasah Nur As-Salam @ Pondok Bukit Salim terletak di Lot 1949, Kg Bukit Sungai Nor, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak. Kedudukannya terletak Kira-kira 8 km daripada pekan Selama. Pondok ini diasaskan oleh Ust Mahizam bin Ahmad. Beliau memikul amanah almarhumah bondanya di atas tanah seluas 2 ekar ini untuk dijadikan pondok pengajian dengan hasrat agar penduduk setempat mendapat kefahaman agama Islam.

MOTTO 

 "BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA" 

Untuk berjaya dalam hidup mesti dengan ILMU. Berilmu harus disertakan dengan AMAL sebagai isinya. Hasil daripada amal yang disertakan dengan keikhlasan melahirkan TAQWA. Seterusnya menjadi bekalan yang terbaik untuk dibawa ke akhirat

No comments:

Post a Comment