Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

MENYEMAI BENIH CINTA AL-QURAN DI HATI ANAK-ANAK

Ramai ibubapa nak jadikan anak-anak HUFFAZ kan?



Tapi sejauhmana usaha kita untuk menjayakan impian murni ini? Terus masukkan anak ke Madrasah Tahfiz? Nanti pandailah ustaz kat sana jadikan dia huffaz. Hemmmm...tak semudah itu..

Terlebih dahulu jadikan anak-anak CINTAKAN ALQURAN. Macamana?
Dengan izin Allah, semoga tips di bawah ini memberi manfaat.

  • IBUBAPA SEBAGAI ROLE MODEL
Kita sebagai Ibubapa terlebih dulu kena jadi Ahlul Quran
- Ayah kena pandai baca quran kerana seorang ayah wajib menunaikan hak seorang anak dalam pendidikan al quran.
- ibu kena rajin baca quran kerana ibu biasanya paling rapat dengan anak2. Ibu yang terbaik biasanya melahirkan anak2 yang terdidik akhlaknya.
Banyak mana nak baca dalam sehari?
10 muka - 1 juzuk sehari saja. Banyak? Bila biasa baca, kejap jer habis..insyaAllah.
Tak tahu baca?
Jom gi belajar. Sampai bila nak tunggu?
Bila dah belajar, tahu ngaji dengan tajwid dan makhraj yang betul...ajar suami jika suami pun belum pandai....ajar anak2....kata Nabi saw, "yang terbaik di kalangan kamu adalah yang belajar dan mengajar"....Buatlah demi Tuhanmu....hidupmu akan lebih indah...percayalah...
  • UMUR SESUAI BELAJAR MENGAJI
Berapa umur paling sesuai untuk anak diajar mengaji al Quran? Biasanya pada usia 3-4tahun. Kita mulakan dengan buku Iqra'.
Jika kita istiqomah mengajar, anak boleh habiskan iqra'nya dalam masa 1 tahun berbanding jika kita sub kat guru ngaji, anak masuk tahun 1 belum tentu habis Iqra'(kelas biasanya banyak takde dari ada dan lagi bilangan pelajar yang ramai menghadkan jumlah helai bacaannya). Jadi, jika kita sendiri yang ajar, biasanya menjelang anak 5 tahun atau selewatnya 6tahun, anak dah boleh baca "quran besar". Paling penting, pahalanya juga berterusan mengalir pada kita, setiap kali anak ini membacanya.
  • TETAPKAN MASA MENGAJI
Kita sendiri perlu tetapkan masa untuk menghabiskan 10muka atau 1 juzuk tu. Samada nak istiqomah baca selepas solat fardu atau ikut kesesuaian masa yg lain.
Takde istilah tak sempat masa kerana bak kata Prof Muhaya, waktu itu juga makhluk Allah. Kita doa minta dgn Allah supaya diberi keberkatan masa pada kita. Bila masa kita berkat, dalam 24jam tu kita boleh buat macam2.
  • JADUAL MENGAJI KELUARGA
AJAK DAN AJAR ANAK SUPAYA AMAL SURAH AL MULK.
Pastikan setiap malam anak tidur awal (plg lewat 10.30mlm) supaya anak dapat bangun awal esoknya seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah dan membaca Al Quran 2-5muka sebelum ke sekolah. Anak yang masih lambat bacaannya perlu menghabiskan 2muka dan anak yang lancar perlu habiskan 5muka (estimate masa 15minit).
  • AMALAN SELEPAS MAGHRIB
Ibubapa ajar anak2 baca quran. Anak yang dah mampu baca quran sendiri, tetapkan supaya baca 10 muka (estimate 20-30minit). Anak yang kecil dibetulkan bacaannya. Ibubapa perlu tegas supaya anak2 sedar tanggungjawab masing2. Berdoalah sentiasa agar Allah permudahkan urusan kita dalam menjadikan keluarga kita ahlul Quran
  • AMALAN/AKTIVITI SETIAP HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH
Pastikan setiap hari anak yang mampu baca dengan banyak, menghabiskan bacaan sebanyak 2 juzuk sehari. Tetapkan masa dan bertegaslah dalam hal ini. Adakan jadual yang memperincikan waktu bangun, waktu tidur, waktu baca quran, belajar dan riadah.
  • AMALAN SETIAP CUTI SEKOLAH YANG PANJANG
Tempatkan anak2 di kem2 tahfiz yang bersesuaian dengan umur dan kemampuannya.
  • PERLU KE ANAK TENGOK TV OR MAIN GAME DI HP/TAB?
Jawapannya👉 TAK PERLU!!!
Nak bagi juga tengok tv? Pilih lah rancangan yang berfaedah sahaja..bukan rancangan berbentuk hiburan kerana dikhuatiri ia akan menumpulkan ingatan anak2. Sentiasa pantau anak. Lama2 anak-anak akan terbiasa. Jangan risau.
  • AMALAN SELAWAT 1000X SEHARI MENAJAMKAN AKAL DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN....InsyaAllah
Setiap ahli keluarga juga disyaratkan utk menghabiskan bacaan selawat 500-1000x setiap seorang selewat-lewatnya hingga jam 6petang. Setiap anak dibekalkan dengan 'counter zikir'. Anak2 biasanya hanya dibenarkan keluar utk beriadah setelah mereka menyelesaikan "tanggungjawab" masing-masing.
Inilah rutin harian keluarga yang benar-benar ingin melahirkan huffaz cemerlang.

#Anak-anak ini asalnya suci....seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna..maka insyaAllah cantiklah hasilnya.

📖Andai coretan ini dirasakan bermanfaat, jadikanlah sebagai panduan. Semoga Allah melihat usaha kita lalu mempermudahkan segala-galanya.
⚠️
Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Seorang mukmin itu pastinya tahu dengan yakin, bahawa dunia ini bukan negeri yang mulia. Tempat sekadar persingahan yang sementara.
🔰

~semoga sedikit ilmu yang disebarkan ini boleh menjadi hujjah di hadapan Allah kelak~

Tuesday, February 10, 2015

Tahukah Anda, Rahsia Wudhu Dalam Sains


Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berwudhudengan memperelokkan wudhu'nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya". HR. Muslim. وقال أيضا: ((إن أمتي يدعون يوم القيامة غرا محجلين من آثار الوضوء, فمن استطاع منكم أن يطيل غرته فليفعل)) متفق عليه.Rasulullah bersabda, "Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya kerana bekas wudhu'nya, (Abu Hurairah menambah) maka siapa yang mampu melebihi panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. (HR. Bukhari dan Muslim). Ilmu kontemporari menetapkan-setelah melalui percubaan mikroskopi terhadap tumbuhnya mikroba pada orang yang berwudhu 'secara teratur dan juga kepada yang tidak teratur-bahawasanya orang yang selalu berwudhu maka majoriti hidung mereka menjadi bersih, tidak terdapat pelbagai mikrob. Oleh kerana itu, adanya mikrob yang melekat pada mereka hilang sama sekali ketika mereka membersihkan hidung, berbanding dengan orang yang tidak berwudhu 'maka tumbuh pada hidung mereka pelbagai mikrob dalam jumlah yang besar yang termasuk jenis mikrob berbentuk bulat dan berklaster yang sangat berbahaya ... dan mikrob yang cepat merebak dan berkembang-biak ... dan mikrob lain yang menyebabkan banyak berlakunya pelbagai penyakit. Dan sudah jelas bahawasanya proses keracunan itu terjadi adanya perkembangan pelbagai mikrob yang berbahaya bagi rongga hidung, kemudian sampai ke kerongkong untuk kemudian terjadi berbagai keradangan dan penyakit, apatah lagi jika sampai masuk ke peredaran darah!!Oleh kerana itu, disyari'atkan untuk melakukan istinsyaaq (menghirup air ke dalam hidung)sebanyak 3 kali kemudian menyemburkannya (tetap dengan hidung) setiap kali wudhu. Adapun berkumur-kumur itu bertujuan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkong dari radang dan pembusukan pada gusi, serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang melekat gigi. Dan sudah terbukti secara ilmiah bahawa 90% orang yang mengalami kerosakan gigi jika saja mereka mahu perhatian terhadap kebersihan mulutnya ketika dahulu rosak gigi-gigi mereka, dan adanya pembusukan yang terjadi disebabkan oleh makanan dan air liur dan bercampur dalam perut dan menuju ke darah. Dan dari darah itulah kemudian merebak ke seluruh organ dan kemudian menyebabkan pelbagai penyakit.Dan sungguh, berkumur-kumur akan menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah. Dan uji-cuba ini belum pernah dikemukakan oleh para pensyarah olah raga kecuali sedikit. Hal ini kerana mereka hanya memperhatikan kepada organ-organ tubuh yang besar. Dan membasuh wajah@muka dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.Dan juga, sudah terbukti secara ilmiah tidak akan menyerang kulit manusia kecuali apabila kadar kebersihan kulitnya rendah. Sebab manusia apabila lama beraktiviti tanpa membasuh anggota badannya, maka kulit akan mengalami pelbagai peradangan yang menyerang permukaan kulit, seperti kudis. Dan kudis ini menyerang hujung jari-jari yang sebahagian besar tidak dalam keadaan bersih, sehingga masuklah berbagai mikroba ke dalam kulit.Oleh kerana itu, bertumpuk-tumpuknya keradangan akan mengundang mikrob untuk berkembang-biak dan menyebar. Maka, wudhu 'telah mendahului Ilmu Pektrologi moden dan para pakar yang menggunakan kuarantin sebagai media untuk mengetahui pelbagai mikrob dan kulat-kulat yang menyerang kulit orang-orang yang tidak suka dengan kebersihan, di mana kebersihan ini sama makna dengan wudhu dan mandi dan dengan ujikaji-percubaan dan penyelidikan.Penyelidikan dan ujikaji ini memberikan manfaat yang lain antaranya:Bahawa kedua-dua tangan banyak membawa mikroba yang kadangkala berpindah ke mulut atau hidung apabila tidak dibasuh. Oleh kerana itu, sangat ditekankan untuk membersihkan kedua tangan terlebih dahulu sebelum melakukan wudhu '. Dan ini menambah jelas kepada kita sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidur, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke bejana (tempat air) sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali." maksud hadisDan sudah terbukti juga bahawa peredaran darah pada organ tangan bahagian atas dan lengan bawah serta organ-organ bahagian bawah seperti kedua kaki dan kedua betis adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya kerana jauhnya dari pusat peredaran darah,yakni jantung. Maka apabila kita membasuhnya diserta menggosoknya, maka akan menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan vitalitas @ kecergasan . Dan dari itu semua, maka terketahuilah kita mukjizat disyari'atkannya wudhu 'di dalam Islam.Sumber: Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-NabawiyahMuhammad Kamil Abd Al-ShomadDr. Ahmad Syauqy Ibrahim, Anggota Ikatan Doktor Kerajaan Arab Saudi di London dan Penasihat Penderita Penyakit Dalam dan Penyakit Jantung mengatakan, "Para Pakar membuat kesimpulan bahawa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan mampu mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangkan kekejangan menjadi rileks saraf-saraf dan otot, kehilangan kenaikan denyutan jantung dan sakit-sakit otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur) ". Hal ini dikuatkan oleh salah seorang pakar dari Amerika dengan ucapannya,"Air mengandung kekuatan magis, bahkan membasuhkan air ke wajah dan kedua tangan-yang dimaksud adalah aktiviti wudhu'-adalah cara yang paling berkesan untuk relaksasi (menjadikan badan rileks) dan menghilangkan ketengangan tinggi (emosi).Sungguh, Maha Suci Allah Yang Maha Agung ...
x

Solat Dari Perspektif Sains : Fadhilat pergerakan dalam solat

Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?


Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?



Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif sains ?



Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.


Kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.” Moga Ada Manfaat

Apakah yang boleh disimpulkan secara ringkas ?


Secara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-



a. Komposisi Badan 



Kajian Pertama



solat dapat mengurangkan lemak dalam badan

tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.


tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.



Kajian Kedua




b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)



Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.





c. Otak



Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.




d. Otot



Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.





e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)



Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.


Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu


Rahsia Solat 5 Waktu Sehari Semalam Yang Ramai Tak Tahu | Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh 


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri tarian poco-poconya. Wallahualam.

Wednesday, January 21, 2015

Kelebihan dan kesan bacaan Al Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al-Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.


Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.



Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.


Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekunsi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja ! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati !


Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.


Kajian Dr. Al Qadni ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.


Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.


Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston.Objek penelitaannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.


Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Quran. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.


Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.


Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.


Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.


Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan akibat daripada penyakit maligman.


Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.


Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.


Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat," (Surah Al-A'raaf ayat 204)

Monday, January 19, 2015

DAKAPAN K-POP SATU LIBERALISASI AGAMA- Haji Darus Awang. AAP., AMP

Tahun sudah kita disajikan dengan kegilaan anak-anak gadis dan juga isteri orang memegang anjing. Konon atas dasar untuk mengenal dan berbuat baik dengan mahluk Allah SWT bernama anjing. Kita boleh terima kes pelihara anjing kerana sebab-sebab tertentu. Itu telah kita perjelaskan di dalam beberapa artikel yang terdahulu.

Baru beberapa hari kita menyambut tahun baru 2015, negara digemparkan dengan anak-anak gadis Melayu Islam dicabul di hadapan khalayak ramai. Di waktu mangsa musibah banjir tidur berlantaikan papan dan beratapkan plastik, kita berhibur dengan K-Pop. Mereka didakap dan mendakap idola yang membuatkan darah muda anak-anak gadis Melayu ini membuak-buak keghairahan dan kegatalan yang cukup menjolok mata.

Inilah satu proses liberalisasi agama. Merosakkan umat Islam secara halus dan lembut tetapi cukup terancang. Kita tidak menyedari jarum-jarum liberalisasi menembusi hati-hati anak-anak gadis kita melalui hiburan santai K-Pop ini. Secara tanpa disedari ibubapa mula menerima hakikat anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" di khalayak ramai adalah satu perkara biasa sahaja.

Kegilaan apa lagi yang mahu kita pertontonkan. Pedih sungguh mata memandang dan betapa dayusnya menjadi seorang bapa yang membiarkan anak gadisnya didakap dan mendakap "jantan" Korea yang diimport khas kononya  satu trend dan tarikan kepada belia masa kini. Dengan sejumlah wang yang banyak untuk membawa masuk mereka ini, kita seolah-olah berbelanja untuk membeli dosa dan kemukaan Allah SWT.

Kenapa begitu kolot dan bonzainya akal mereka yang membawa masuk K-Pop dengan alasan yang dangkal sekali. Ada banyak cara kita mengiktiraf golongan belia atau menjana ekonomi negara bukan dengan cara membawa budaya mungkar ke negara ini. Kita baru sahaja ditimpa musibah banjir sebagai satu peringatan daripada Allah SWT. Musibah apa lagi yang kita mahu tempah selepas ini.

Sekali sekala mohon belajar meletakkan rasa takut dan malu kita kepada Allah SWT. Ke mana perginya iman anak-anak gadis yang bertudung ini. Gadis Melayu Islam bertudung naik ke pentas kemudian merelakan dirinya diraba, disentuh, didakap dan dicium oleh "jantan" Korea seolah-olah dirinya heroin drama Korea. Kuat sungguh gadis Melayu kita terpengaruh dengan K-Pop dan drama Korea ini.

Benar sungguh apa yang disebut oleh Imam al-Ghazali: "Rosaknya rakyat disebabkan rosaknya pemimpin". K-Pop tidak datang secara sukarela dan kehendak hatinya melainkan mereka djemput dan dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Pada tahun 2012 sejumlah RM1.6 juta diperuntukan kepada artis K-Pop sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan.

Yang lebih menyedihkan pihak berwajib menjaga agama bisu seribu bahasa. Negara kita memiliki Mufti teramai di dunia. Mungkin juga kita memegang rekod Mufti paling senyap di dunia. Mereka melihat mungkar tanpa sepatah kata. Seolah-olah redha terhadap mungkar di hadapan mata kerana menjaga kedudukan dan pangkat di dunia yang fana ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan sampai kepada umatku suatu zaman di mana Islam itu hanya tinggal pada nama, al-Quran itu hanya tulisan sahaja, masjid besar tetapi sunyi daripada hidayah (tidak dimarahkan) dan ulama adalah sejahat-sejahat makhluk yang ada di antara lagit dan bumi, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan". (Terjemahan: Hadis Riwayat al-Baihaqy).

Di ketika kita merindui suara para alim ulama menegur kemungkaran, mereka mengambil sikap membisau dan berdiam diri sahaja. Benarlah kata junjungan besar Nabi Muhamad SAW bahawa akhir zaman nanti daripada alim ulama ini datang pelbagai fitnah dan kepada mereka fitnah dikembalikan. Berdiam dan membisu menjadikan fitnah ke atas golongan agama.

Friday, January 9, 2015

15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Quran


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

 Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Wednesday, January 7, 2015

TIPS MENJADI GENIUS - MEMBACA/MENGHAFAL AL QURAN

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Jom baca dan hafal alQuran

Friday, January 2, 2015

BIODATA RASULULLAH-Salam Maulidur Rasul..12 Rabiul' Awal 1436H bersamaan 03 Januari 2014(Sabtu)

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


PERISTIWA KETIKA USIA RASULULLAH

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم